Tuesday, June 18, 2013

EPISOD 35 & 36 | MASTERCHEF SELEBRITI MALAYSIA 2



Masterchef Selebriti Malaysia 2 memasuki Episod ke 35 & 36. Nampaknya Masterchef Selebriti Malaysia 2 kian menghampiri kemuncaknya apabila hanya tinggal 4 peserta sahaja. Untuk Episod 35, keempat-empat peserta akan menghadapi Cabaran Sajian Luar kali terakhir. Lokasi kali ini adalah di The Ascott, Kuala Lumpur.


Cabaran mereka kali ini adalah agak mencabar apabila mereka perlu menyediakan hidangan "room service" dalam masa 90 minit dan mereka juga telah diberikan terlebih dahulu menu-menu yang perlu mereka sediakan. Mereka perlu 'prep' bahan-bahan untuk semua menu nanti kerana mereka tidak tahu menu apa yang akan dipesan.


"Room Service" kali ini akan dilakukan oleh tetamu istimewa iaitu penyanyi Zainal Abidin dan Datuk Khadijah Ibrahim.




Mereka perlu menyiapkan hidangan yang dipesan dan menghantar hidangan mereka ke bilik. Sangat mencabar kerana setiap pasukan hanya berdua dan mereka memasak dalam keadaan yang agak panas dan perlu ready untuk menyiapkan menu yang dipesan. Namun, kedua-dua pasukan merah dan biru berjaya melakukannya. Keputusan pemenang Cabaran Sajian Luar akan diumumkan pada episod seterusnya.


Untuk Episod 36, keputusan diumumkan bagi Cabaran Sajian Luar iaitu kumpulan Merah menang. Celina dan Che Ta mendapat hadiah pakej bermalam di The Ascott selama 3 hari 2 malam. Untuk kali ini, keputusan dinyatakan bahawa tiada penyingkiran dan mereka berempat akan mula bersaing secara individu bagi melayakkan diri ke pusingan akhir.


Untuk episod 36, mereka akan menghadapi ujian pertama untuk ke final. Dato' Fazley Yaakob hadir ke Dapur Masterchef bagi memberikan ujian kepada para peserta.


Dato' Fazley hadir ke Dapur Masterchef


Cinta Tiga Segi dari Dato' Fazley.. Ujian bagi para peserta..


Para peserta dikehendaki untuk meniru hidangan yang disediakan oleh Dato' Fazley. Mereka boleh merasa dahulu hidangan tersebut dan mendapat resepi namun, mereka perlu melakukan hidangan tersebut dengan teknik yang betul.


Untuk kali ini, hidangan terbaik adalah daripada Che Ta.


Hidangan daripada Che Ta


Oleh itu, Che ta mendapat 3.0 daripada 4.0 untuk ujian pertama ini. Celina mendapat 2.0, Syura 1.5 dan Kenchana 1.0. Tahniah diucapkan buat Che Ta!




p/s Siapakah yang akan tersingkir nanti agaknya?

TOP 4 MASTERCHEF SELEBRITI MALAYSIA 2 | SIAPA PILIHAN ANDA?



Setelah hampir 30 lebih episod Masterchef Selebriti Malaysia 2, kini peserta masterchef hanya tinggal 4 orang sahaja. Keempat-empat mereka memiliki kemahiran memasak yang bagus dan mempunyai kekuatan berbeza dalam masakan.


Top 4 Masterchef Selebriti Malaysia 2 adalah:


Celina


Syura


Rozita Che Wan


Kenchana


Siapakah yang menjadi pilihan anda untuk menjadi Juara Masterchef Selebriti Malaysia 2?

Sunday, June 16, 2013

SYANIE TERSINGKIR | MASTERCHEF SELEBRITI MALAYSIA 2 EPISOD 33 & 34



Syanie tersingkir dalam Masterchef Selebriti Malaysia 2 Episod 33 & 34. Hanya tinggal 5 peserta sahaja lagi iaitu Celina, Syura, Che Ta, Kenchana dan Syanie. Untuk Masterchef Selebriti Malaysia 2 Episod 33, mereka berlima akan menghadapi Ujian Cipta Rasa.


Untuk Ujian Cipta Rasa, sedikit kelainan dan agak mencabar. Terdapat 15 bahan dalam Peti Saji Misteri. Pantri ditutup dan mereka hanya diberikan 30 minit sahaja untuk memasak. Bahan utama dalam Peti Saji Misteri malam ini adalah IKAN. Masing-masing menyediakan hidangan berasaskan ikan yang sangat menarik. Namun, pemenang bagi Ujian Cipta Rasa adalah Rozita Che Wan.


Stim Bersantan (Che Ta)


Sempena Hari Bapa hari ini, mereka berlima dikehendaki memasak menggunakan oven microwave. Che Ta mendapat kelebihan apabila memenangi Ujian Cipta Rasa dengan memilih untuk memasak lebih 10 minit daripada peserta lain. Hampir kesemua peserta tidak pernah memasak menggunakan oven microwave. Ini sudah pasti menjadi cabaran buat mereka.


3 peserta akan ke pusingan penyingkiran dan 2 peserta akan terselamat. Keputusan pemenang bagi cabaran kali ini adalah Celina. Che Ta juga dipilih sebagai pemenang dan terselamat. 3 Peserta yang perlu ke pusingan penyingkiran adalah Syura, Kenchana dan Syanie.


 Hidangan daripada Celina


Hidangan daripada Che Ta


Untuk Episod ke 34 Masterchef Selebriti Malaysia 2 adalah pusingan penyingkiran. Syanie, Syura dan Kenchana akan berentap bagi melihat siapa yang terselamat dan siapa yang bakal tersingkir. Cabaran pusingan penyingkiran adalah KETAM dan yang penting ketam itu masih hidup. Setiap daripada mereka diberikan 3 ekor ketam dan perlu merebus ketam tersebut dan mengeluarkan isi ketam. Selepas itu, barulah mereka boleh mengolah isi ketam tersebut untuk hidangan.


Mereka diberikan 60 minit untuk menyiapkan hidangan ini dengan pantri terbuka. Hidangan yang disediakan oleh mereka adalah seperti berikut.


 Ketam Bakar (Syanie)

 Pai Ketam Lembut (Syura)

Popia Ketam Masala Berkeju (Kenchana)


Keputusannya adalah Syanie tersingkir kerana hanya menggunakan 2 ketam sahaja dan tidak mengikut arahan yang ditetapkan oleh juri supaya menggunakan 3 ketam. Syanie menyumbang RM8,500 kepada Autism Society of Malaysia. 


Syanie tersingkir


Setelah Syanie terkeluar, tinggal 4 peserta lagi. Untuk episod seterusnya adalah Cabaran Sajian Luar. Celina memilih Che Ta sebagai ahli kumpulan dan mereka adalah pasukan Merah. Kenchana bersama Syura dan mereka adalah kumpulan biru.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JERSI TERBAIK DI SINI =D